Thursday, September 29, 2011

semoga kau tenang di sana

Pelajar UiTM mati lemas 

MACHANG - Hasrat 13 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Kelantan di sini, berkelah di Jeram Linang, tengah hari semalam berakhir tragedi apabila seorang rakan mereka mati lemas.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari, mangsa, Noor Hasnizawati Othman, 18, berasal dari Taman Puteri Lindungan, Ipoh, lemas selepas terjun ke dalam jeram yang disangkanya cetek bersama seorang rakan sekelas, Nor Aina Abd. Muaz, 18.

Nor Aina berkata, kedua-dua mereka yang tidak tahu berenang saling berpaut antara satu sama lain apabila menyedari kaki mereka tidak mencecah dasar jeram tersebut selepas terjun.

Katanya, dia dan mangsa menyangka kawasan tersebut cetek memandangkan air sungai jernih dan dasarnya boleh dilihat dengan jelas dari atas.

Tambahnya, kejadian berlaku ketika dia dan mangsa serta 11 lagi rakan mereka pergi ke kawasan perkelahan tersebut dengan menggunakan van

universiti berkenaan.

“Kami ke sana kira-kira jam 11 pagi selepas diajak oleh mangsa. Pada mulanya, Noor Hasnizawati merancang bersama teman-teman sebiliknya dan mengajak kami beberapa hari lalu namun kami tidak memberikan jawapan tetapi apabila dia bertanya lagi pada malam tadi ( kelmarin), kami bersetuju untuk menyertainya.

“Ketika rakan-rakan yang lain sedang mandi di kawasan yang cetek dan makan di tepi jeram ini, saya dan mangsa yang juga pelajar tahun satu Diploma Pengurusan Maklumat itu terus terjun ke dalam jeram

untuk mandi, tiba-tiba kaki kami tidak sampai ke bawah.

“Dalam keadaan yang kelam kabut itu dan kedua-duanya tidak tahu berenang, saya sempat berpaut pada batu, dia menarik baju dan tudung saya tetapi terus hilang ke bawah, saya kemudian dapat naik ke atas dan meminta bantuan daripada orang ramai,” katanya.

Seorang rakan yang turut serta, Anis Syahidah Khir - Al- Anwar, 18 berkata, mangsa berjaya dikeluarkan oleh beberapa pengunjung di kawasan tersebut yang terjun ke dalam jeram itu selepas 10 minit mangsa tenggelam.

Katanya, salah seorang daripada rakannya daripada UiTM memberi bantuan pernafasan sebelum membawa mangsa ke Hospital Machang.

“Selepas diberikan bantuan pernafasan, mangsa tidak menunjukkan sebarang perubahan dan salah seorang daripada kami membawanya ke hospital. Ketika sampai di hospital, mangsa disahkan meninggal dunia. Arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan malah ceria seperti biasa dan begitu gembira untuk ke sana,’’ katanya yang sedang menduduki peperiksaan semester yang dijangka berakhir 1 Oktober ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superitendan Malik Bedot ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut dan mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut.

“Mayat mangsa telah dibedah siasat dan jenazahnya akan di bawah pulang ke kampung oleh keluarganya,” katanya.







petikan dar sinar harian.. berita kematian ttg seorang pelajar junior ku yg telah pergi meninggal kan kami semua buat selamanya (28 / 9 / 2011 )... mmg perubahan dah d duga.. tp tidak sampai berita ini yg mengejut kan aku... dia dalah junior aku... merangkap adik aku yg sama course dengan aku... dah 2.. dok sama level lak dgn aku... lagi lah aku terkilan... bila aku pergi ke bilik arwah.. semasa hendak menziarah nyer smlm... aku tgk.. diaorg tabah menghadapi nyer... roomate ku.... nur hasdiana menangis bila beliau mendengar berita tersebut.. arwah tidak smpat menduduki peperiksaan akhir yg bakal berakhir 1 hbln oktober ni... semasa aku d bilik arwah.. aku tgk.. arwah dah siap kemas brg2 dia dah.... cuma yg inggal adalah kain telekung dia dan baju yg dia pakai pd sebelum dia meninggal lagi... ya ALLAH... begitu besar kuasa mu... jika KAU hendak memcabut nyawa seseorang hamba MU itu... KAU tidak mengira masa dan tempat nyer lg dah..... 


aku hnya mampu berdoa... moga arwah tenang di sana....  alfatihah......

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...