Monday, March 12, 2012

koleksi puisi

tajuk : di kala hatiku di medan perang

senjata telah ku bawakan
doa restu telah ku pintakan
kemaafan telah ku panjatkan
hanya yang tinggal hanyalah 
permainan peperangan
sekarang ku di tengah medan
sekarang juga ku di tengah pertempuran
dengan lafas kalimah dari yang ESA
aku lantas memecahkan kertas putih 
agar dihiasi dengan perkataan dan juga 
nombor agar aku tidak lupa
setelah ku puas
ku hanya berserah dan bertawakal kerana NYA
ku akan bertempur kerana masa depan ku

[khas sempena final exam]


tajuk : aku di medan...

mencari kata
mencari kebenaran
mencari keberanian
mencari ilham

demi kata jangan di turutkan hati
demi mulut ikutlah kata akal
berfikir sejenak berfikir sementara
bertindak dalam satu akal
mencari ilham bukan mencari jawapan

berjiwa dan berhati
memudahkan diri ini setia menanti
hanya hati yang pasti ketahui
menurut jiwa merana lagi
terima ksaih di atas segalanya
terima kasih kerana mengikut irama

[khas sempena final exam]




tajuk : kata kata

kata di kumpul
kata di ingat
kata di gunakan
kata di pakai
hanya satu yang membawa makna
tiada siapa yang dapat menandinginya

aku datang dari jauh
menunggu dari ufuk ke timur
dari terbitnya matahari hingga
terbenam ke dasar barat
tidak larat lagi menurut kata
takut kelak pasti akan sakiti

biarlah kapal ini yang membawa bicara jiwa
biarlah angin yang meyampaikannya
biarlah jiwa yang merana
asalakan tidak lagi 
dihitung bicara

aku pasrah aku redha
biar kawal di masa silam
akan datang tidak lagi berdusta
takut ada insan yang merana kelak nanti




ni smua koleksi puisi yang aku wat masa aku menjawab final exam... mmg dah 2 habit 


aku... kalo time final jer... mesti ader idea nak wat puisi 2 datang... mencurah2 lak 2..


hahaha.... mmg ni lah d antaranya... sbnr nyer bnyk lagi... tp ni jer lah yang dpt d post 


kan... heheh... tq yer smua...





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...