Thursday, December 15, 2011

pening kepala

salam bahgia...

bahgia ker aku ni..? hehhehe... x der lah bahgia sgt... tp bahgia bila abg syg kol... hehhehe.... cuma aku nak menceritakan kisah yg aku raser korang mesti mengantok nyer... yer lah.... biasalah... kalo dah baljar pasal information studies mesti kena tau bnyk fakta dan perkara yg remeh2.. tp bkn 2 yg aku nak sentuh nyer... yg aku nak sentuh nyer d cn adalah berkaitan dgn penyakit... penyakit per..?

yg pertama adalah... SAKIT KEPALA


Sakit kepala adalah gejala yang kerap berlaku dikalangan rakyat Malaysia. Ia biasanya tidak menggambarkan suatu penyakit yang serius. Ia melibatkan semua peringkat umur dan hampir semua diantara kita mengalaminya. Walaupun ia tidak serius, ia menyakitkan dan menganggu aktiviti harian kita.


Berikut adalah sebab-sebab yang merangsang sakit kepala :
• Tekanan (tension headache).
• Kemurungan
• Migraine (penyempitan salur darah)
• Penyakit serta ketegangan dalam mata.
• Sakit gigi dan tulang rahang.
• Penyakit berkaitan anggota Telinga, Hidung dan Tekak.
• Kejang otot.
• Kecederaan kepala dan tengkuk/leher.
• Angin Ahmar
• Jangkitan dalam otak, ketumbuhan dalam otak (Brain Tumor).
• Tekanan Darah Tinggi
• Pengambilan dadah dan racun



 [info dari www.infosihat.gov.my]

sbb knp laha ku menceritakan pasal skt kepala ni adalah krn aku sejak dua menjak ni asik skt kepala jer... lg 1... aku kdg2 rasa nak muntah pon ader.. tp bkn nak mengandung yer.. lmbt lg... kawen pon x lg... entah knp aku mmg slalu pening... tp kalo nak d katakan aku ader skt.. (x mau ckp) heheh.. tp mmg aku tgh skt pon...









Rawatan 


Rawatan bergantung kepada sebab :

• Berehat/baring dalam bilik gelap,sunyi.
• Ambil ubat tahan sakit yang ringan seperti Tablet Paracetamol atau Asprin.
• Cuba teknik bertenang dan urutan.
• Jika migrane, letakan beg air batu atau tuala sejuk di atas dahi anda dan ubah suai pemakanan anda.
• Kendalikan tekanan anda dengan baik.
• Cuba rawatan pilihan seperti chiropractic dan akupuntur.
• Rawatan khusus bagi penyakit tertentu.



Bila Perlu Berjumpa Doktor.

Sakit kepala biasanya tidak serius, tetapi jika dibiarkan berpanjangan akan memudaratkan.
Jumpa doktor jika anda mempunyai tanda-tanda amaran serius (Red flag) seperti berikut :
• Demam.
• Jika anda melebihi 40 tahun.
• Tidak berkurangan selepas pengambilan ubat tahan sakit yang ringan.
• Sakit kepala sangat kerap dan teruk.
• Sakit kepala yang berbeza dari yang biasa anda alami.
• Lebih teruk dengan batuk atau bersin.
• Selepas kemalangan yang melibatkan kepala.
• Kejang tengkuk/leher.
• Khayal/lali.
• Sawan.
• Rasa lemah dan kebas.
• Kabur penglihatan atau buta.
• Sakit kepala melebihi seminggu, lebih teruk di waktu malam atau awal pagi.
• Loya, muntah.
• Hilang selera makan dan susut berat badan.
• Seseorang pengidap darah tinggi, penyakit kanser dan HIV



Pencegahan 


• Tangani tekanan anda dengan baik.
• Ketahui teknik-teknik untuk bertenang.
• Pemakanan seimbang.
• Kerap bersenam.
• Berhenti merokok.
• Amalkan gaya hidup sihat







dah.. aku mls nak merepek bnyk2.. coz pala aku pon dah pening sgt2 dah ni... dah mls nak mengarut tahap gaban dah ni... hahah.... tgk.. aper yg aku merepek ni pon aku dah x tau dah.. hahah...

sok aku nak wat keja.. asgmnt yg bertimbun... sok gak lah aku nak g wat keja yg aku rasa penting sgt2... hehhe... aper yg penting nyer... nnt aku cter kan... bkn x nak share tp aku tgh x brapa nak sht ni... nnt2 lah yer... oo.. yer... korang jgn rasa pelik tau bila aku share kat korang psl info kesihatan.... saja jer... heheh....

3 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...